Cikgu Din diuji isteri sakit diberi cuti - KPM

Cikgu Din diuji isteri sakit diberi cuti – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan tindakan segera memberikan bantuan kepada seorang guru yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya seperti tular di media sosial.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, guru berkenaan malah telah diberikan cuti untuk berada bersama-sama dengan isterinya.

“Satu pertemuan dengan beliau akan diadakan dalam waktu terdekat bagi membincangkan mengenai kebajikannya dan perkara-perkara lain yang berbangkit.

“KPM mendoakan kesembuhan isteri guru berkenaan dan akan memastikan kebajikan beliau dan keluarga terpelihara,” katanya hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai kisah guru dikenali Cikgu Din diuji dengan masalah kesihatan isterinya yang disahkan menghidap kanser.

Berdasarkan hantaran di akaun Harima Abd Rahman, Cikgu Din didakwa telah memohon pertukaran di Semanjung untuk bersama isterinya namun permohonan tersebut ditolak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya