China laksana pendekatan “Grey Zone Strategy” tidak ganggu Malaysia- Adly 

China laksana pendekatan “Grey Zone Strategy” tidak ganggu Malaysia- Adly 

ADLY Zahari- JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kehadiran kapal china di Laut China Selatan adalah satu pendekatan ‘Grey Zone Strategy’ yang sedang dilaksanakan negara tersebut dan tidak bertindak agresif terhadap Malaysia.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, situasi di Laut China Selatan secara amnya selamat dan terkawal.

Tambah beliau,  perairan di Laut china Selatan kekal bebas dan terbuka kepada komuniti maritim. 

“Kehadirian aset-aset maritim China di Laut China Selatan adalah lebih kepada pasukan pengawal pantai China dan bukannya kapal perang serta tentera.

“Perkara ini selaras dengan pendekatan “Grey Zone Strategy” yang sedang dilaksanakan oleh China di Laut China Selatan walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik.

“Namun sehingga hari ini, mereka tidak melakukan tindakan agresif seperti yang berlaku kepada negara lain seperti yang berlaku pada Filipina dan Vietnam,” katanya semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Jalaludin Alias (BN-Jelebu) yang bertanya sejauh mana keselamatan perairan Malaysia di Laut China Selatan terjamin susulan pencerobohan kapal frigat tentera China dan Pengawal Pantai China di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di Wilayah Maritim Sarawak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya