Cerun runtuh, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup - Utusan Malaysia

Cerun runtuh, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup

KEADAAN runtuhan cerun di KM 43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands menyebabkan laluan itu ditutup kepada semua kenderaan. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Laluan di Kilometer 43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula hari ini berikutan runtuhan cerun.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, penutupan jalan itu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak.

Katanya, penutupan penuh bermula pukul 5 petang itu terpaksa dilaksanakan ekoran terdapat pergerakan tanah di lokasi terjejas selain berisiko kepada pengguna jalan raya.

“Pengguna jalan raya khususnya warga Ipoh dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan memilih laluan alternatif iaitu Jalan Pahang dekat Tapah bagi mengelak terperangkap kesesakan lalu lintas,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kawalan lalu lintas di sepanjang lokasi terjejas yang juga berhampiran sempadan negeri Pahang itu dijalankan dari semasa ke semasa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya