Burung gagak merimaskan penduduk Seremban, Senawang

Burung gagak merimaskan penduduk Seremban, Senawang

PETUGAS Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan serta Jabatan Kesihatan Persekitaran MBS Ketika melakukan operasi menembak burung gagak di sekitar kawasan Senawang, Seremban baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Beberapa kawasan di sini berdepan dengan masalah kumpulan burung gagak yang kritikal sehingga menyebabkan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk.

Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali berkata, antara kawasan tersebut termasuklah di sekitar Senawang dan juga Seremban 2 di sini.

“Bukan hanya aduan yang diterima daripada orang ramai malah isu gangguan burung gagak ini juga selalu dibangkitkan di dalam mesyuarat. 

“Isu yang dibangkitkan adalah sampah yang bertaburan kerana burung gagak yang selalu menyelongkar sampah untuk mencari sisa-sisa makanan selain najis burung ini yang mencemarkan kawasan.

“Masalah populasi gagak yang bertambah juga adalah kerana ada pihak yang memberi makan kepada burung-burung gagak ini selain burung merpati,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Masri berkata, sebagai usaha menyelesaikan masalah berkenaan, pihak MBS  mengadakan operasi menembak gagak di kawasan yang dikenal pasti.

Jelas beliau, menerusi operasi tiga hari di sekitar Taman Pinggiran Senawang, Kawasan Industri Senawang, Taman Seremban Jaya dan Bandar Seremban Selatan di sini baru-baru ini, sebanyak 80 ekor gagak dihapuskan.

“Bagaimanapun, operasi menembak burung gagak ini bukanlah penyelesaian sepenuhnya. Isu utama populasi burung gagak ini bertambah dan membiak adalah kerana terdapatnya makanan untuk burung-burung ini seperti sisa-sisa makanan dan sampah yang dibuang.

“Jadi kita kena selesaikan masalah itu,  orang ramai perlu mempunyai kesedaran tinggi untuk tidak membuang sampah merata-rata selain kami juga akan mengadakan kempen supaya orang ramai tidak memberi makan kepada burung-burung ini,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya