Buruh tidak mengaku rogol anak perempuan rakan - Utusan Malaysia

Buruh tidak mengaku rogol anak perempuan rakan

WAN Muhamaad Sofie Wan Supian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuan rakannya, Julai lalu. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang buruh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol anak perempuan rakannya yang berusia 14 tahun dalam kejadian di Teluk Intan, Julai lalu.

Tertuduh, Wan Muhamaad Sofie Wan Supian, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah melakukan rogol terhadap kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Sungai Timah, Mukim Bandar, Teluk Intan dalam daerah Perak Tengah pada pukul 10 pagi, 2 Julai 2024.

Tertuduh yang merupakan anak sulung daripada enam beradik itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Amalina Harun tidak menawarkan jaminan terhadap lelaki itu namun jika mahkamah membenarkan, ikat jamin sebanyak RM30,000 dicadangkan ke atas tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu bagaimanapun memohon dikenakan jaminan minimum atas alasan bekerja sebagai pengangkut baja dengan gaji harian RM50 selain perlu membantu keluarga.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai selain melapor diri di balai polis berhampiran setiap dua bulan sekali.

Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 25 November depan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya