Bunyi bising ketuk dinding sebelum warga emas ditemui mati dalam kebakaran  

Bunyi bising ketuk dinding sebelum warga emas ditemui mati dalam kebakaran  

ANGGOTA bomba membantu memadamkan kebakaran di Jalan Sungai Lui, Kampung Sungai Lui di sini malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Cubaan seorang lelaki warga emas untuk menyelamatkan diri gagal apabila dia ditemui rentung dalam kebakaran di Jalan Sungai Lui, Kampung Sungai Lui di sini malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu mangsa yang dikenali sebagai Wong berusia 70-an dipercayai cuba keluar dari rumahnya tetapi terjatuh di hadapan rumah. 

Difahamkan mangsa tinggal bersendirian dan dia  Orang Kelainan Upaya (OKU) yang sering menggunakan kerusi roda untuk bergerak. 

Jiran mangsa, Chia Yoke Kim , 51, berkata, ketika  dia berehat dia dikejutkan dengan bunyi bising seperti orang ketuk dinding papan sebelum melihat api  marak dari rumah mangsa yang dipanggil ‘uncle’. 

” Saya menjerit memanggil jiran tetangga untuk bantu memadam kebakaran. Ada juga jiran yang  menaiki motosikal ke balai bomba untuk meminta bantuan,” katanya di sini hari ini. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub, Khairul Anuar Yaacob berkata, rumah tersebut terbakar 100 peratus dan kejadian turut melibatkan seorang warga emas yang disahkan meninggal dunia. 

Menurut beliau, mayat mangsa telah diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya