Bunuh tukang cuci kereta: 6 lelaki dilepas

Bunuh tukang cuci kereta: 6 lelaki dilepas

MAHKAMAH Tinggi membebaskan enam lelaki daripada pertuduhan bunuh seorang pekerja kedai cuci kereta enam tahun lalu di Shah Alam, Selangor semalam. – UTUSAN/NURUL NAJWA HASRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Enam lelaki termasuk dua beradik terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini, semalam membebas dan melepaskan mereka daripada pertuduhan membunuh seorang tukang cuci kereta pada enam tahun lalu.

Keputusan itu diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Dr. Hazlina Hussain terhadap D. Pa­vidthren, Mohamad Shahrul Nizam Abdullah, J. Arivindren, M. Viknesh, J. Poovarashan dan K. Arvindran selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Beliau berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan yang diakibatkan oleh tindakan pukul oleh ke­semua tertuduh selain mengemukakan saksi-saksi penting sepanjang perbicaraan.

“Berdasarkan kepada naratif kes ini, pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan keadaan, oleh itu pihak pihak pendakwaan memikul beban yang berat untuk mensabitkan kesemua OKT (tertuduh) yang pertuduhan dibuat ke atas mereka.

“Pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya pada keterangan SP10 (Saksi pendakwaan ke-10, pemilik kedai cuci kereta) dan keterangan mengikut keadaan yang boleh mengaitkan OKT-OKT yang berada di dalam satu kumpulan individu, lebih kurang 30 orang sebelum kejadian berlaku.

“SP10 tidak pasti siapa yang menyebabkan kecederaan kepada mangsa. Beliau tidak melihat siapa yang telah memotong tangan mangsa. SP10 berdiri dan menghadap gerai burger dan tidak tahu apa yang berlaku semasa kumpulan berkenaan mengejar mangsa.

“SP10 mengesahkan tertuduh keempat (OKT4) tidak ada kena mengena dengan kematian mang­sa kerana OKT4 berdiri di tepi jalan. SP10 hanya lihat per­telingkahan antara mangsa dengan OKT sebelum kejadian. SP10 hanya melihat OKT6 melibas parang ke atas sebuah motosikal. OKT6 telah beredar dari tempat cuci kereta setelah ditegur oleh SP10,” katanya.

Malah, pesuruhjaya kehakiman turut menjelaskan, Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan (ASP) Supari Muhammad sebagai antara saksi penting yang tidak dipanggil menyebabkan berlaku kelompongan pada pendakwaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya