Bunuh: Tiga lelaki warga Bangladesh direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Bunuh: Tiga lelaki warga Bangladesh direman tujuh hari

TIGA lelaki warganegara Bangladesh suspek kes bunuh rakan senegara dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan bagi prosiding permohonan reman hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Tiga lelaki warga Bangladesh yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh rakan senegara semalam, direman tujuh hari mulai hari ini.

Perintah reman sehingga Rabu depan terhadap suspek berusia 32 hingga 39 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Naidatul Athirah Azman.

Tempoh reman ke atas kesemua suspek itu dipohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, kesemua suspek dibawa masuk ke dalam kamar mahkamah bagi prosiding permohonan reman pada pukul 9.30 pagi sebelum dibawa keluar 18 minit kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dalam sidang akhbar di Ipoh hari ini dilaporkan berkata, mayat seorang lelaki warga Bangladesh dengan kesan kelar pada leher ditemukan di belakang rumah kongsi di Taman Lagenda Fasa 3, dekat sini.

Penemuan mayat mangsa berusia 27 tahun di kawasan semak sekitar pukul 5 pagi itu disedari rakan serumah yang keluar mencari lelaki itu selepas didapati tiada di rumah kongsi berkenaan sejak pukul 8.30 malam.

Berikutan penemuan mayat mangsa, tiga rakan serumahnya ditahan untuk membantu siasatan selain rampasan barang kes termasuk telefon bimbit.

Difahamkan, kawasan rumah kongsi itu dihuni 34 orang pekerja kontrak dalam kalangan warga Bangladesh dan Indonesia. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya