Bunuh: Tertuduh tidak faham bahasa, pendakwaan tangguh 8 November

Bunuh: Tertuduh tidak faham bahasa, pendakwaan tangguh 8 November

TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG: Pendakwaan seorang warga Myanmar yang terlibat dalam pembunuhan seorang pemandu lori warga tempatan, awal bulan ini ditangguhkan ke 8 November ini selepas lelaki berkenaan tidak memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Ia bagi membolehkan seorang jurubahasa Myanmar hadir di Mahkamah Majistret di sini bagi menterjemah pertuduhan terhadap lelaki terbabit.

Terdahulu, Majistret Nur Hafizah Rajuni menetapkan tarikh tersebut selepas tertuduh berusia 30 tahun hanya menganggukkan kepalanya apabila ditanya sama ada memahami bahasa Melayu dan Inggeris sebelum pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya.

“Kes akan disebut semula pada 8 November ini dan tiada sebarang jaminan ditawarkan,” kata Nur Hafizah.

Difahamkan, tertuduh yang baru 20 hari berada di Malaysia sepatutnya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah pondok rekreasi di hadapan pusat beli-belah di sini, sekitar pukul 5 hingga 6 petang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Iqbal Azman dan tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya