Bunga raya dipilih sebagai elemen utama logo ASEAN 2025

Bunga raya dipilih sebagai elemen utama logo ASEAN 2025

MOHAMAD Hasan bersama wakil-wakil negara ASEAN bergambar ketika majlis Pelancaran Logo dan Tema Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia 2025 di Wisma Putra Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Logo dan tema Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dilancarkan secara rasmi, hari ini.

Ia dilancarkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan di bangunan Wisma Putra, di sini selain turut disaksikan wakil negara-negara ASEAN dan duta-duta asing.

Bunga raya dipilih sebagai watak utama logo berkenaan dengan empat warna mengelilinginya pula mewakili 10 negara ASEAN, manakala temanya pula adalah ‘Keterangkuman dan Kemampanan’.

Mohamad dalam sidang akhbar berkata, walaupun logo dan tema itu telah diketahui ramai ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima mandat Pengerusi ASEAN 2025 di Vientiane, Laos pada 11 Oktober lalu, namun ia secara rasmi dilancar hari ini.

“Bunga raya mempunyai signifikan kepada rantau Asia Tenggara dan ia boleh didapati di kebanyakan negara-negara ASEAN. Manakala, empat warna iaitu merah, putih, kuning dan biru pula mewakili negara-negara ASEAN.

“Logo itu juga menggambarkan betapa keperluan untuk kita (ASEAN) terus bersama dan jangan ada terpikat degan usaha memecahbelahkan kumpulan ini,” katanya.

Katanya, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, tugas Malaysia adalah memastikan kesatuan ASEAN ni dapat dikekalkan sebagai mana ia dibentuk sejak 1967 tahun lalu.

Dalam ucapannya, Mohamad berkata, Malaysia akan berusaha untuk mengukuhkan kepusatan ASEAN, membina kepercayaan strategik dalam kalangan negara melalui dialog yang berterusan, diplomasi dan kemuafakatan, mempromosi perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN.

Menurutnya, Malaysia juta akan memastikan elemen keterangkuman dan kemampanan menjadi fokus utama dalam usaha-usaha pembangunan komuniti serantau.

“Tahun 2025 juta adalah tahun bersejarah bagi ASEAN dalam meraikan ulang tahun ke-10 penubuhan rasmi Komuniti ASEAN.

“Malah, tahun 2025 juga akan menjadi satu lagi pencapaian penting bagi ASEAN kerana ia akan menerima pakai Visi Komuniti ASEAN 2045 iaitu yang akan merangka hala tuju strategik ASEAN pada tahun-tahun mendatang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya