Buku 'Modul Aspirasi Utama' untuk perkukuh pembangunan karakter pelajar

Buku ‘Modul Aspirasi Utama’ untuk perkukuh pembangunan karakter pelajar

MAJLIS pelancaran Modul ASPIRASI UTAMA oleh Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, turut bersama Profesor Mohd Sazili Shahibi dan barisan pengurusan universiti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah melancarkan buku ‘Modul Aspirasi Utama’ yang dirangka khusus untuk memperkukuhkan pembangunan karakter dan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, buku tersebut memainkan peranan penting dalam membentuk mahasiswa sebagai generasi peneraju masa depan yang dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepimpinan.

“Modul ini tidak hanya berfokus kepada akademik, tetapi turut memperkasa pelajar dengan kemahiran insaniah yang diperlukan dalam mendepani cabaran global masa hadapan.

“Mahasiswa UiTM harus bersedia dengan keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan nilai-nilai sosial yang kukuh,” katanya.

Selanjutnya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Profesor Mohd Sazili Shahibi berkata, buku ‘Modul Aspirasi Utama’ adalah peluang terbaik untuk mempersiapkan pelajar UiTM dengan kemahiran yang mencerminkan kecemerlangan insaniah.

“Pencapaian akademik semata-mata tidak lagi memadai dalam dunia yang semakin kompetitif.

“Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan keperibadian yang utuh adalah antara elemen penting yang perlu dimiliki oleh pelajar,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Sazili berkata, modul ini turut menerapkan DNA UiTM iaitu “Usaha, Takwa, Mulia” yang menjadi panduan asas dalam membentuk pelajar yang berdaya saing, inovatif, dan kreatif.

Pelancaran buku ‘Modul Aspirasi Utama’ dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Modul ini dijangka membantu pelajar UiTM untuk menjadi pemimpin masa depan yang bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

Pelancaran buku ini membuktikan bahawa UiTM menzahirkan komitmennya dalam melahirkan para graduan yang cemerlang serta mempunyai kemahiran insaniah untuk menghadapi cabaran masa hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya