Bukan suara saya, itu suara iblis - Zara Zya - Utusan Malaysia

Bukan suara saya, itu suara iblis – Zara Zya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Demi Allah, ketika saya menyebut perkataan iblis, suara saya tidak di edit. Itu suara ‘dia’.”

Demikian kata pelakon, Zara Zya yang mengesahkan dirinya diganggu perkara mistik dalam sesi podcast, Di Sebalik Misteri yang dikendalikan oleh usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa bersama Pak Ngah Kun di platform YouTube.

Menurut Zara, suara yang keluar ketika menyebut perkataan iblis ketika sesi podcast tersebut tidak disunting sama sekali.

Malah, pelakon itu turut mengesahkan itulah suara sebenar makhluk tersebut menerusi sebuah hantaran di aplikasi Threads.

“Itulah suaranya. Dia ada,” katanya ringkas.

Zara ketika itu sedang memberi gambaran sosok tubuh iblis turut terkejut apabila suaranya berubah menjadi garau secara tiba-tiba sewaktu sesi itu dirakam.

“Sampai iblis itu saya pernah bercakap depan cermin, saya tanya. Kau ini siapa? Iblis! Kenapa suara aku macam itu?,” katanya ketika sesi podcast berlangsung.

Enggan menimbulkan perasaan takut terhadap penonton podcast tersebut, Zara turut mengarahkan usahawan kosmetik itu tidak mengulang tayang bahagian itu dalam video.

Menyedari perkara itu, rata-rata warganet sempat memberikan kata-kata semangat dan berkongsi doa yang boleh diamalkan oleh pelakon wanita itu di ruangan komen.

Sebelum ini, tular menerusi aplikasi TikTok Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd, 39, dirinya pernah diganggu perkara mistik sehingga dirinya berperwatakan seperti ular. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN