Buka aib pasangan

Buka aib pasangan

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Apa hukumnya pasangan suami isteri yang bercerai tetapi berlumba-lumba membuka aib pasangan masing-masing. Bagaimana Islam melihat keadaan ini?

-Mimi Affandi
Kajang

Jawapan
Tidak diharuskan membuka aib sesiapa sahaja termasuk suami isteri kerana ia diharuskan berkenaan dengan cerita yang patut didengar oleh hakim di mahkamah. Ini kerana keaiban yang disembunyikan Allah tidak boleh dibongkarkan tanpa darurah.

Jumlah maksimum air wuduk

Soalan
Saya musykil adakah mengambil wuduk di tempat yang diwakafkan seperti masjid atau surau perlu menggunakan air secara maksimum. Apakah jumlah maksimum air yang dibenarkan?

Mazidah
Insan musykil

Jawapan
Ambil wuduk adalah mengikut kadar yang sesuai dengan saiz anggota badan dan tidak boleh melebihi kerana dibimbangi berlaku pembaziran ke atas air yang diwakafkan itu.

Ukur ketakwaan

Soalan
Bagaimana kita mengukur tahap ketakwaan seorang Muslim? Adakah dengan melihat amalannya atau tingkah lakunya atau bagaimana?

Jawapan
Asas takwa adalah dalaman hati dan dapat diterjemahkan pada tindak tanduk sebagai alamat takwa. Secara zahirnya untuk mengenal orang bertakwa adalah orang yang boleh meninggalkan perbuatan haram.

-Remaja
Petaling Jaya

 

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada  [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya