Budak perempuan darjah 6 hilang

Budak perempuan darjah 6 hilang

Kanak-kanak hilang
MADRAFATAHA dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya untuk membantu ibu mengambil makana di dalam kereta dekat kawasan rumahnya di Bandar Bukit Tinggi, di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang selepas diminta ibunya untuk mengambil makanan dalam kereta dekat rumahnya dekat Bandar Bukit Tinggi, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, polis menerima laporan berkenaan kehilangan itu kira-kira pukul 8.59 malam semalam.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati, kanak-kanak berkenaan tidak pulang selepas keluar dari rumah untuk mengambil makanan dekat dalam kereta yang diparkir di tingkat bawah kira-kira pukul 2.20 petang.

“Kanak-kanak tersebut turun seorang diri dan tidak kembali. Kira-kira pukul 3 petang, ibu kanak-kanak itu kemudian keluar mencari anaknya di sekitar kawasan parkir, namun tidak menemui kanak-kanak berusia 12 tahun itu.

“Selepas puas mencari, wanita itu kemudian membuat laporan polis. Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka satu kertas inkuiri orang hilang untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Jelasnya, kanak-kanak itu dikenali sebagai Madrafataha Binti Indal Bangsawan dan memakai baju ‘T’ sukan berwarna hijau dan seluar trek berwarna hitam ketika keluar rumah.

“Ciri fizikal kanak-kanak itu berbadan kurus, kulit cerah, ketinggian kira-kira 150 sentimeter (cm) dan rambut paras bahu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan kanak-kanak tersebut diminta tampi menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau menghubungi terus IPD Klang Selatan di talian 03-33762222,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN