Budak lelaki jatuh tingkat 12 kondo kini stabil

Budak lelaki jatuh tingkat 12 kondo kini stabil

LEE SWEE SAKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang terjatuh dari bilik tidur utama di tingkat 12 sebuah kondominium di Lebuh Tunku Kudin, Gelugor di sini semalam, kini berada dalam keadaan stabil.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, kanak-kanak itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta untuk pemerhatian selama 48 jam.

“Menurut keluarga mangsa, dia kini dalam keadaan stabil dan berada di ICU untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi semalam itu, mangsa dilaporkan cedera parah setelah terjatuh dari bilik tidur utamanya di tingkat 12 kondominium terbabit.

Siasatan pihak polis mendapati, mangsa ditemui oleh neneknya yang juga penjaga mangsa di tingkat tujuh bangunan terbabit.

Difahamkan, mangsa adalah anak tunggal dan ketika kejadian, nenek mangsa yang berusia 63 tahun berada di dalam tandas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya