Buaya tembaga seberat 80 kg ditangkap - Utusan Malaysia

Buaya tembaga seberat 80 kg ditangkap

KAKITANGAN Perhilitan mengukur buaya tembaga yang ditangkap di Kampung Padang Buluh, Besut, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor buaya tembaga seberat 80 kilogram (kg) di Kampung Padang Buluh, di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan buaya itu daripada penduduk kampung. kira-kira jam 10 malam.

Menurutnya, susulan laporan itu, lapan anggota Perhilitan digerakkan ke lokasi kejadian.

“Buaya tembaga itu dipercayai datang dari sebuah tasik berdekatan sebelum tersesat di kawasan kebun getah di Kampung Padang Buluh.

“Reptilia sepanjang 2.7 meter itu telah berjaya ditangkap dan kemudian dilepaskan ke habitat asalnya pada tengah hari tadi, ” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Perhilitan turut menasihatkan orang ramai agar segera memaklumkan kepada pihak Perhilitan sekiranya terdapat kehadiran haiwan liar serta tidak memuat naik sebarang video mahupun gambar di media sosial berkaitan hidupan liar.

Jelasnya, tindakan tersebut dikhuatiri akan memberi ancaman kepada hidupan terbabit dan boleh menjadi tumpuan pemburu haram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya