Buat kecoh di WTKL, wanita Palestin mohon maaf

Buat kecoh di WTKL, wanita Palestin mohon maaf

TANGKAP layar rakaman video memaparkan Aminah Muhammad Nafi’ Jamal Abd. Rabbah memohon maaf.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wanita warga Palestin yang tular kerana menimbulkan kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) tampil membuat permohonan kepada rakyat Malaysia dan memberi penjelasan mengenai situasi tersebut.

Aminah Muhammad Nafi’ Jamal Abd. Rabbah berkata, beliau menyesal dengan perbuatannya itu memandangkan sudah menerima layanan yang baik daripada pihak negara ini.

Menurutnya, situasi tersebut tercetus kerana dirinya mengalami tekanan perasaan selepas terputus hubungan dengan anaknya yang masih berada di Gaza yang  tidak dapat dihubungi sejak seminggu lalu.

“Kami sedang melalui situasi dan keadaan sangat sulit yang hanya Allah tahu. Saya seorang ibu kepada tiga anak yang syahid.

“Selain itu, sudah seminggu saya tak boleh hubungi anak-anak saya. Tiada komunikasi dan saya tidak dapat tahu apa-apa tentang mereka di sana,” katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman sosial TikTok.

Rabu lalu, sekumpulan warga Palestin bertindak secara kasar dengan merosakkan perhiasan di WTKL selain dilaporkan membaling selipar kepada pengawal.

Kejadian itu tular dalam media sosial sehingga Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali turut menyatakan rasa kesal terhadap insiden itu selain menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Terdahulu, kerajaan melalui Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membawa seramai 127 pesakit dan waris rakyat Palestin ke Malaysia dengan menaiki dua pesawat A-400M.

Dalam pada itu, Aminah Muhammad mengakui bahawa sepanjang beliau berada di Malaysia sudah menerima layanan dan rawatan yang baik.

“Anda melayan kami dengan segala kebaikan, rasa hormat dan penghargaan. Anda sudah melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab, tetapi kamilah yang melakukan kesalahan terhadap anda (rakyat Malaysia. Saya minta maaf.

“Saya harap anda akan menerima permohonan maaf saya dan dapat merasakan apa yang kami rasai. Saya bersumpah dengan tuhan yang semuanya adalah lebih dari apa yang kami boleh tahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya