Buat hantaran jelik libat kanak-kanak, Adeline Chang didenda RM7,000

Buat hantaran jelik libat kanak-kanak, Adeline Chang didenda RM7,000

ADELINE Chang (kiri) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Sepang. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang wanita yang meraih perhatian di media sosial sejak akhir-akhir ini dikenali sebagai Adeline Chang didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memulakan penghantaran komunikasi jelik melibatkan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Mei lalu.

Adeline Chang atau nama sebenarnya, Chang Pei Yi, 24, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin.

Mahkamah turut memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Adelina Chang membayar denda tersebut.

Terdahulu, sebelum menjatuhkan hukuman berkata, hakim menyifatkan perbuatan OKS itu telah menyebabkan maruah kanak-kanak dan keluarga mangsa tercalar.

Berdasarkan pertuduhan, Pei Yi didakwa memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar berserta teks dalam bahasa Mandarin yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 30 Mei lalu.

Hantaran itu dilihat di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tower 1, Cyberjaya kira-kira pukul 8 pagi, 1 Jun lalu.

Pendakwaan dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa MCMC, Nazrul Nizam Mohd. Zameri mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali.

Pei Yi juga boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Mengikut fakta kes, Pei Yi membuat hantaran jelik itu berikutan mempunyai perselisihan faham dengan ibu kanak-kanak itu yang dikatakan tidak membayar hutang.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN