Buat carian lebih setahun, warga emas tetap juga kena tipu syarikat pelaburan

Buat carian lebih setahun, warga emas tetap juga kena tipu syarikat pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Meskipun membuat carian lebih setahun terhadap sebuah syarikat saham dalam talian sebelum memutuskan membuat pelaburan, seorang peniaga tetap tidak dapat mengelak daripada menjadi mangsa penipuan sehingga mengalami kerugian RM100,000.

Semuanya bermula pada awal tahun lalu selepas mangsa iaitu warga emas berusia 68 tahun menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada seorang individu tidak dikenali.

Suspek memperkenalkan dirinya sebagai wakil sebuah syarikat dari negara jiran.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, suspek menawarkan kepada mangsa untuk menyertai pelaburan saham sebuah syarikat.

Katanya, mangsa diberi penerangan berkenaan pelaburan saham syarikat tersebut dan dijanjikan keuntungan besar sekiranya membuat pelaburan yang tinggi.

“Berikutan itu, mangsa membuat pindahan wang ke dalam satu akaun bank milik syarikat tersebut sebanyak RM100,000 pada Selasa lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa kemudiannya diberikan kata laluan pengguna untuk membuat urusan jual beli saham, namun kemudian mendapati dia tidak dapat membuat apa-apa urusan jual beli saham dalam sistem pelaburan tersebut.

Mangsa kemudiannya telah menghubungi pihak syarikat berkenaan untuk membuat semakan ke atas namanya sama ada berdaftar atau tidak dengan syarikat tersebut.

Mangsa dimaklumkan namanya tidak tersenarai sebagai pemegang saham dalam syarikat dan mengesyaki telah ditipu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya