BRICS: Beri peluang Malaysia tingkat perdagangan, hubungan dua hala

BRICS: Beri peluang Malaysia tingkat perdagangan, hubungan dua hala

MALAYSIA antara 13 negara baharu yang diterima sebagai rakan kongsi BRICS (Brazil, Russia, India, China, Afrika Selatan), semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemilihan Malaysia sebagai antara negara rakan dalam BRICS dilihat membuka peluang kepada negara meningkatkan perdagangan dan hubungan dua hala dalam kalangan negara blok berkenaan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan menyambut baik penerimaan BRICS terhadap Malaysia sebagai antara negara rakan rasmi blok itu.

“Kita tidak bincang secara khusus (dalam mesyuarat Kabinet). Tapi, ia adalah pemakluman awal dan belum lagi dibincangkan secara mendalam.

“Tapi, semestinya kita mengalu-alukan penerimaan Malaysia sebagai sebahagian daripada negara rakan dalam konteks BRICS,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Sebelum ini, Malaysia diiktiraf sebagai satu daripada 13 negara rakan yang ditambah secara rasmi dalam BRICS iaitu sebuah blok yang secara kolektif menyumbang satu per lima kepada perdagangan global. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya