Bot nelayan tempatan gaji awak-awak warga Kemboja ditahan - Utusan Malaysia

Bot nelayan tempatan gaji awak-awak warga Kemboja ditahan

BOT nelayan tempatan yang disyaki menggaji warganegara asing tanpa permit ditahan di Perairan Kemaman, semalam. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki menggaji tiga awak-awak warga Kemboja, tanpa kebenaran di perairan Kemaman, di sini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, bot itu ditahan ketika sedang menangkap ikan di kedudukan sekitar 14.1 batu nautika dari perairan Kemaman kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melalukan rondaan rutin Op Iman telah mengesan bot itu yang berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan tekong warganegara Thailand bersama empat awak-awak warganegara Kemboja berusia 32 hingga 53 tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ariffin berkata, pemeriksaan lanjut mendapati tiga awak-awak warganegara Kemboja itu disyaki melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru asing tanpa surat kebenaran bertulis yang sah dan tiada permit lawatan kerja sementara (PLKS).

“Kesemua nelayan itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan hasil laut yang dianggarkan berjumlah 1,500 kilogram dan anggaran minyak diesel 1,800 liter bernilai lebih RM10,000 juga telah dirampas untuk siasatan” katanya.

Ariffin berkata, kes akan disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya