Bot nelayan ditahan gaji empat warga Myanmar tanpa permit

Bot nelayan ditahan gaji empat warga Myanmar tanpa permit

EMPAT warga Myanmar yang bekerja tanpa permit di bot nelayan tempatan ditahan di perairan Kemaman, Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan tempatan yang menggaji empat nelayan Myanmar tanpa permit yang sah di perairan Kemaman, di sini, pagi tadi. 

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, bot itu ditahan ketika sedang menangkap ikan pada kedudukan tujuh batu nautika dari Kemaman, kira-kira pukul 11.20 pagi tadi. 

“Selepas pemeriksaan dibuat, didapati bot itu dikendalikan tekong dan tiga awak-awak warganegara Myanmar berusia 28 hingga 47 tahun,” katanya. 

Ariffin berkata, pemeriksaan lanjut turut mendapati keempat-empat nelayan yang berada di atas bot itu disyaki melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru asing tanpa surat kebenaran bertulis yang sah daripada Ketua Pengarah Perikanan,” katanya. 

Ariffin berkata, bot dan kesemua nelayan itu beserta peralatan menangkap ikan dan diesel yang dianggarkan berjumlah 10,000 liter ditahan untuk siasatan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya