Bomba pantau rapi insiden tanah runtuh Taman Melawati

Bomba pantau rapi insiden tanah runtuh Taman Melawati

NOR HISHAM MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama beberapa agensi berkaitan sedang meneliti rapat situasi dan keadaan cerun di Taman Melawati, Selangor susulan tanah runtuh di kawasan itu pagi tadi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya bersama pasukan teknikal seperti Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang melihat situasi cerun itu.

“Buat masa ini kita akan tengok keadaan dalam peringkat penstabilan.

“Apabila mereka (JMG dan JKR) dah dapat penilaian akhir, kita baru akan putuskan apa tindakan seterusnya kepada penghuni,” katanya dalam sidang akhbar di Majlis Penyerahan Kenderaan Rasmi Proton kepada JBPM sempena IFCEM 2024 di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengesahkan kejadian tanah runtuh di lereng bukit Jalan E6 Taman Melawati itu dipercayai berpunca daripada kegagalan sistem pengaliran longkang.

Alexander dilaporkan berkata, beliau turut mengarahkan pasukan Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk ke tapak bagi mendapatkan gambaran lebih terperinci situasi di kawasan terjejas.

Susulan kejadian itu, kira-kira 300 penduduk melibatkan 20 rumah diarah mengosongkan kediaman mereka.

Terdahulu, kejadian tanah runtuh itu tular di media sosial melalui video singkat yang menunjukkan tanah runtuh berlaku berdekatan kawasan perumahan penduduk dipercayai akibat hujan lebat selain aliran air deras dari bukit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya