Boleh bercinta tapi kena fokus pada pelajaran

Boleh bercinta tapi kena fokus pada pelajaran

Mohammad Syaaban dan isteri, Ainul Mardiah menerima Anugerah Pengarah dan Anugerah Pelajar Cemerlang dalam konvensyen Kolej Komuniti Johor di PIS, Johor Bahru, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Boleh bercinta, tetapi fokus tetap pada pembelajaran.

Itu kata pasangan suami isteri berusia 21 tahun iaitu Mohammad Syaaban Nasir dan Ainul Mardiah Ahmad Radzi, penerima Anugerah Pengarah dan Anugerah Pelajar Cemerlang pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Johor, semalam.

Menurut Mohammad Sya­aban, dia mengenali Ainul Mardiah ketika mereka berusia 16 tahun, sebelum berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang sama di Kolej Komuniti Segamat.

Katanya, walaupun mereka berdua dilamun cinta sepanjang tempoh dua tahun pengajian, mereka membuat perjanjian untuk sama-sama fokus pada pembelajaran.

“Ya, memang kami ada bertemu sepanjang waktu belajar, bidang sama dan lokasi sama, tetapi sebenarnya kami tidak banyak ‘dating’ berdua, sebaliknya bertemu kerana urusan pembelajaran.

“Alhamdulillah, ia tidak ganggu fokus kami untuk tamatkan pengajian dengan baik,” katanya yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.84 bagi pengajian Sijil Kejuruteraan Elektrik.

Sementara itu, Ainul Mardiah yang mendapat CGPA 3.82 bagi kursus sama pula memberitahu, mereka berdua melangsungkan perkahwinan pada April lalu, tidak lama selepas kedua-duanya mendapat pekerjaan di syarikat sama.

“Nasihat saya kepada pasangan bercinta jangan terlalu menunjukkan perkara itu sebaliknya terus fokus kepada pembelajaran. Jika ada jodoh insya-Allah tidak ke mana.

“Kami kini bekerja di syarikat sama sebagai pasangan suami isteri. Jika ada peluang kami juga berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi,” kata anak pertama daripada tiga beradik.

Pasangan suami isteri itu adalah antara 819 graduan dari 12 Kolej Komuniti seluruh Johor yang menerima skrol tamat pengajian dalam majlis konvokesyen di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), di sini semalam. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya