BN menang besar PRU16 jika `isu di bilik tidur’  tidak dibawa keluar

BN menang besar PRU16 jika `isu di bilik tidur’  tidak dibawa keluar

Dasar pendidikan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mampu memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sekiranya perkara-perkara remeh boleh diketepikan antara parti di dalam gabungan tersebut.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kejayaan tersebut boleh dikecapi tidak lama lagi sekiranya BN dapat mengukuhkan semangat dan mengenepikan permasalahan yang wujud antara parti komponen.

“Kalau BN bekerja keras, strategi pilihan raya disusun dengan baik dan jika kita mengenepikan permasalahan kita sesama sendiri, walaupun di negeri pembangkang, BN masih boleh menang dengan cemerlang kalau ini dapat kita pertahankan.

“Kalau kita mengetepikan perkara titik bengik, petty issues, kembali kepada landasan BN yang sebenar dengan memperkukuh semangat BN dan pada masa sama pemimpin utama parti komponen mengenepikan perbezaan pandangan, saya hampir pasti bahawa BN akan mendapat kerusi yang lebih di dalam PRU akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-71 di sini, hari ini.

Turut hadir  Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Mah Hang Soon dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, BN perlu bijak menyembunyikan masalah yang timbul dan berusaha menyelesaikannya secara dalaman.

“Kita harus menyantuni perbezaan pendapat kita di dalam ‘bilik tidur’ kita, jangan pernah bawa masalah bilik tidur di depan halaman rumah kita ataupun kita membawa di luar pagar rumah kita.

“Apabila kenderaan lalu lalang dan orang ramai melihat kita membawa permasalahan itu, maka permasalahan itu akan jadi lebih besar. Oleh itu, menyantuni perbezaan pendapat (sesama) kita ini amat penting,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengumumkan Ka Siong sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina di bawah Timbalan Perdana Menteri.

Jelasnya, Ka Siong menggalas tanggungjawab sebagai penasihat kepadanya khusus dalam soal pelaburan melibatkan masyarakat Cina di negara ini.

Tambahnya, pelaburan bernilai RM5 bilion dalam industri halal semasa di China merupakan hasilnya bersama presiden MCA itu.

“Ini memperlihatkan bahawa kerjasama ini adalah terjemahan yang terbaik yang bukan ada agenda tersendiri. Kita sentiasa berterus terang antara adik-beradik di dalam parti komponen,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya