Bina baharu 21 klinik daif di Sabah dijangka siap hujung tahun ini

Bina baharu 21 klinik daif di Sabah dijangka siap hujung tahun ini

LUKANISMAN Awang Sauni (kanan) pada sidang akhbar sempena Istiadat Konvokesyen ILKKM di IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Projek bina baharu 21 klinik daif di Sabah yang dijangka siap pada hujung tahun ini dilihat akan membantu meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kesihatan di negeri ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, secara keseluruhan sejumlah RM21.5 juta peruntukan diluluskan bagi melaksana 65 projek membaik pulih dan menaik taraf klinik-klinik daif di Sabah pada tahun ini.

“Daripada jumlah itu, 21 projek melibatkan roboh dan bina baharu dan selebihnya membabitkan projek menaik taraf.

“Klinik-klinik daif yang dinaik taraf itu membabitkan penggantian bumbung, pendawaian serta pertambahan struktur-struktur yang khusus,” katanya selepas merasmikan Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kemahiran Kesihatan Malaysia (ILKKM) 2024 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, hari ini.

Beliau berkata, projek bina baharu klinik-klinik desa yang daif itu memberi ruang kerja yang lebih besar kepada petugas-petugas kesihatan dan juga klien KKM.

“Sebagai contoh dalam lawatan ke Klinik Desa Takuli, Beaufort yang asalnya klinik kayu yang berkeluasan 92.0 meter persegi dan apabila diroboh dan dibina baharu, strukturnya lebih besar dengan keluasan 241.5 meter persegi.

“Ia memuatkan kuarters bagi petugas-petugas kesihatan yang berstatus bujang, maksudnya kuarters itu dibina di dalam kawasan klinik,” katanya.

Lukanisman berkata, masih terdapat kira-kira 160 klinik yang berstruktur kayu di Sabah yang perlu dinaik taraf secara berperingkat bagi memberi keselesaan kepada petugas kesihatan dan juga klien-klien KKM.

Ditanya mengenai projek-projek sakit, beliau berkata, masih ada projek-projek sakit di Sabah antaranya pembinaan blok tambahan di Hospital Tambunan dan pembinaan Hospital Papar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya