Beruang matahari sebabkan kematian Muhamad Zaki ditangkap

Beruang matahari sebabkan kematian Che Muhamad Zaki masuk perangkap

SEEKOR beruang matahari masuk perangkap yang dipasang pihak Perhilitan di Kampung Dalam Seduk, Gua Musang, Kelantan, kelmarin, – IHSAN PENDUDUK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seekor beruang matahari menyerang sehingga yang menyebabkan kematian Che Muhamad Zaki Che Mohamad dalam kejadian kawasan kebun di Kampung Dalam Senduk, Jerek dekat Gua Musang pada 8 September lalu sudah ditangkap kelmarin.

Hidupan liar itu berjaya ditangkap selepas masuk ke dalam perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Per­hilitan) kira-kira pukul 8 pagi.

Tangkapan itu sekali gus melegakan lebih 3,000 penduduk kampung yang sebelum ini diselubungi ketakutan akibat serangan haiwan liar itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Abd. Razak Ramli berkata, beruang berkenaan memasuki perangkap yang diletakkan lebih sebulan di kawasan kebun yang dipercayai menjadi lokasi mangsa dise­rang.

Menurutnya, orang kampung menyedari bunyi beruang dari arah perangkap yang dipasang ketika ingin ke kebun.

“Saya dimaklumkan oleh seorang penduduk kampung bahawa beruang terbabit sudah masuk perangkap yang dipasang pihak Perhilitan.

“Penduduk melihat pintu perangkap sudah tertutup dan terdapat seekor beruang sedang meronta-ronta dan mengeluarkan bunyi kuat.

“Kami lega walaupun tidak pasti sama ada ia beruang sama yang menyerang penduduk sehingga maut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya