‘Bersara? Pasti, satu hari nanti’ - Utusan Malaysia

‘Bersara? Pasti, satu hari nanti’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPUTUSAN pengarah tersohor, Datuk Afdlin Shauki untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) mengejutkan ramai. Apa kena mengena dia dengan bola? 

Namun itu bukan hala tuju temu bual kami tempoh hari. Kami bercakap tentang rencana kerjaya seninya. Apa akan jadi dengan kerja pengarahan, lakonan dan komedi yang selama ini antara mata pencariannnya? 

Adakah sebenarnya dia kecewa dengan ‘politik’ industri seni? Terutama tatkala ada yang lantang mempersoalkan tentang Dana Kandungan Digital (DKD)? Apa pula pendapat pengarah tersohor ini. Adakah dia juga punya pandangan, cadangan atau mungkin pendedahan berkaitan industri seni? Ajwablah mendapat Afdlin!

Baru-baru ini, Mingguan Malaysia memfokuskan isu tentang pengagihan Dana Kandungan Digital (DKD) yang menimbulkan keraguan. Dapat dana ratusan ribu namun hasilnya sampah. Apa pula pendapat abang Afdlin? 

Soal kualiti, itu adalah subjektif. Tetapi apa cerita pula dengan produksi yang dapat dana, tapi ada yang dakwa filem tidak keluar-keluar? Saya banyak dengar dakwaan sebegitu. Sedikit sebanyak kita akan mula persoal. Itu saya tidak boleh sahihkan, biar agensi terlibat buat kerja. Ada yang cakap kroni, ada yang cakap kaum kerabat, saya pun tidak pasti. Tapi saya pernah berdepan situasi, dana ditarik balik apabila sampai di peringkat tertentu.

Adakah abang tidak yakin dengan ketelusan DKD ini? 

Bukan tidak yakin, cuma apabila banyak dakwaan kita dengar, mungkin kita perlu lihat semua data pengagihan dari 2017 sehingga sekarang. Jika tidak ada apa-apa meragukan, bagus. Itu tandanya pihak pengurusan memang telus. Saya juga percaya, setiap tindakan dan keputusan pasti ada hitam putihnya. Macam saya sendiri, untuk mengelakkan isu kroni, ketika Hans Isaac menjadi Pengerusi Finas, saya pilih untuk tolak. Saya pernah ditawarkan dana tetapi saya tolak. Sedangkan saya ada merit dan kertas cadangan yang lulus dalam penilaian. Tetapi saya tidak mahu ada pihak gunakan ‘kroni’ untuk jatuhkan kami.

Adakah sistem pengagihan perlukan perubahan besar? 

Inilah yang mula digerakkan kerajaan tahun ini, ubah format pengagihan itu. Bagi saya itu satu langkah baik tetapi tidak popular. Ramai orang yang masih berharap untuk dapat dana tetapi dengan sistem baharu, mungkin sukar. Jadi, kita beri peluang dan lihat pula bagaimana gerakan baharu ini menjalankan kerja. Sebagai orang industri seni, kita ada ruang dan peluang untuk bercakap. Bukan menjatuhkan tetapi demi kebaikan semua.

Bercakap tentang diri abang sendiri, lakonan pula bagaimana? 

Saya memang sudah tidak ada jiwa untuk berlakon lagi. Ada tawaran tetapi saya selalu tolak. Berlakon ini kerjanya menunggu. Saya akan habiskan banyak masa di set penggambaran dengan menunggu.Tetapi jika ada tawaran watak cameo, sampingan atau naskhah yang baik, saya akan terima. Cuma sekarang, tidak dapat lagi.

Satu hari nanti, abang akan tinggalkan dunia seni? 

Ya, itu pasti cuma saya tidak tahu bila. Macam saya cakap, berlakon bukan lagi keutamaan. Mengarah masih lagi, sebab itu melibatkan penghasilan sesebuah produk yang akhirnya kita boleh banggakan. Apa yang saya minat sekarang adalah pengurusan. Mungkin sebab itu, saya terbuka menerima tawaran untuk mengendali beberapa agensi dan syarikat. Itu yang saya suka dan mungkin itulah tujuan kerjaya saya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya