Bentuk dasar baharu bangunan lama

Bentuk dasar baharu bangunan lama

AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) meninjau tiga deretan kedai lama berusia 134 tahun yang terbakar di Jalan Besar di Kuantan, Pahang. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan membentuk dasar baharu berkaitan bangunan lama serta usang di negeri ini.

Baginda bertitah, semua ba­ngunan lama dan usang perlu dipantau agar kejadian kebakaran seperti berlaku di Jalan Besar di sini, membabitkan sebuah kedai karpet baru-baru ini tidak ber­ulang.

“Saya hendak mengingatkan pihak pentadbiran supaya tengok semula semua bangunan lama dan usang. Mungkin juga perlu buat dasar yang baru berkaitan dengan bangunan lama ini.

“Perlu juga beri nasihat profesional yang tak boleh diabaikan dan tidak bertindak sambil lewa sahaja. Perlu bertegas tentangnya.

“Kalau bangunan tak selamat, tulis di situ tidak selamat. Sebab ada risiko yang tinggi kepada orang yang datang, yang tinggal di situ dan orang yang bekerja di situ,” titah baginda ketika berkenan mencemar duli berkunjung ke lokasi kebakaran berkenaan di sini, semalam.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan menyampaikan kur­niaan kepada pemilik premis perniagaan terbabit, Datuk Hathar Ali Mohamed Ali.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menasihatkan pemilik bangunan untuk sentiasa memastikan keselamatan premis masing-masing.

“Penyelenggaraan elektrik sa­ngat penting. Tanggungjawab pemilik bangunan perniagaan itu sendiri untuk penyelenggaraan elektrik di bangunan masing-masing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya