Belum bubar DUN, Parti KDM sudah umum manifesto

Belum bubar DUN, Parti KDM sudah umum manifesto

PETER Anthony (tengah) menyampaikan watikah lantikan jentera Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17) parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bagi Dewan Undangan Negerim (DUN) Limbahau di Papar, Sabah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR: Belum pun ada ura-ura pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, namun parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengambil langkah menjadi parti pertama mengumumkan manifesto bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17).

Presidennya, Datuk Peter Anthony berkata, beliau melakukan pengumuman manifesto KDM secara berperingkat bagi mengambil kira pandangan-pandangan pimpinan parti itu di peringkat akar umbi.

“Sekarang ini, tiga manifesto telah saya umumkan dan saya umum lagi pada 27 Oktober ini di Kadamaian secara berperingkat. 

“Untuk keseluruhan, kita umumkan 10 manifesto dan mungkin 12,” katanya semasa pelancaran Jentera PRN17 Parti KDM Bahagian Limbahau, di sini semalam.

Katanya, beliau akan mengumumkan keseluruhan manifesto KDM pada bulan depan untuk menghadapi PRN Sabah yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Beliau berkata, antara manifesto yang ditawarkan oleh parti tersebut adalah biasiswa percuma kepada anak-anak Sabah yang ingin melanjutkan pengajian.

“Kita dapati ada antara anak-anak orang kampung yang dibebani dengan masalah kewangan untuk pendaftaran ke universiti. Jadi, sekiranya kita mengambil alih kerajaan kelak dengan perancangan yang ada, kita akan menawarkan biasiswa kepada pelajar secara percuma tanpa mengira bangsa.

“Di samping itu, selaku kerajaan negeri, kita akan memberi bantuan RM500 setiap tahun kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Inisiatif sebegini akan membantu memperbaiki kedudukan ekonomi negeri. Jika mereka ada kuasa beli maka, aliran ekonomi akan berjalan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, manifesto ketiga adalah menawarkan pembinaan rumah secara percuma kepada golongan kurang berkemampuan secara sama rata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya