Belum bertunang, baru merisik - Qi Razali - Utusan Malaysia

Belum bertunang, baru merisik – Qi Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Qi Razali mendedahkan sudah menemui calon isteri dan merancang untuk menamatkan zaman bujangnya, tidak lama lagi.

Enggan mendedahkan identiti suri hati pilihannya, kata Qi, dia dan wanita berkenaan sudah bersedia untuk melanjutkan hubungan mereka ke fasa yang lebih serius.

“Kerjanya bukan di depan kamera, sebaliknya di belakang tabir.

“Kami belum bertunang, cuma saya sudah menghantar wakil untuk merisik, jumpa kedua ibu bapanya untuk maklumkan bahawa hubungan kami serius.

“Kalau ikutkan, perancangan (berkahwin) adalah pada Mei tahun hadapan. Tetapi, bila difikirkan semula, tempoh tidak cukup (untuk membuat persiapan).

“Banyak perkara yang perlu diuruskan, termasuklah menyiapkan kad perkahwinan. Bagi saya, lapan bulan untuk persiapan tidak mencukupi,” katanya.

Qi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media filem Babah, semalam.

Pelakon tersebut tampil menjelaskan mengenai dakwaan kononnya dia sudah bergelar tunangan orang.

Kata pemilik nama sebenar Qushairi Mohammed Razali ini lagi, keselasaan yang timbul antara dia dan kekasihnya itu membuatkan dia bersedia untuk berumah tangga.

“Kami berkawan dua tahun, saya selesa dengan dia.

“Adakalanya, timbul kerisauan apabila mengenangkan keadaannya apabila kami tidak bersama.

“Saya rasa tenang, tak ada tekanan kalau bersama dia,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya