Belanjawan Selangor 2025 dibentang 15 November

Belanjawan Selangor 2025 dibentang 15 November

Belanjawan Selangor
LAU Weng San ditemui pemberita selepas Sesi Pendengaran Awam Berhubung Pelaksanaan Skim Insan, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor membentangkan belanjawan negeri 2025 pada 15 November ini, iaitu hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bersidang dalam mesyuaratnya pada penggal ke-15 .

Speaker, Lau Weng San berkata, Belanjawan Selangor 2025 akan dibentang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, bagaimanapun butiran lanjut rang undang-udang perbekalan itu belum diperolehi.

“Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 akan jadi isu penting selain. Walau bagaimanapun, saya jangkakan sidang DUN akan datang bakal berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui selepas Sesi Pendengaran Awam Berhubung Pelaksanaan Skim Insan, hari ini.

Belanjawan Selangor 2024 yang dibentangkan Amirudin pada 10 November tahun lalu memperuntukkan perbelanjaan kerajaan negeri sebanyak RM2.53 bilion merangkumi RM1.33 bilion atau 52.6 peratus perbelanjaan mengurus dan RM1.2 bilion atau 47.4 peratus perbelanjaan pembangunan.

Jumlah yang diperuntukkan dalam belanjawan berkenaan mengambil kira jangkaan hasil negeri yang berjaya dikutip pada tahun lalu, iaitu berjumlah RM2.2 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya