Belanjawan: Kerajaan perkenal lebih banyak pembaikan struktur ekonomi

Belanjawan: Kerajaan perkenal lebih banyak pembaikan struktur ekonomi

ANWAR Ibrahim menandatangani dokumen rasmi Belanjawan 2025 di Kementerian Kewangan hari ini. - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan memperkenalkan lebih banyak pembaikan kepada struktur ekonomi pada Belanjawan 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dapat dikongsi dengan rakyat terbanyak secara saksama.

“Belanjawan 2025 merupakan kesinambungan kepada ikhtiar Kerajaan agar Malaysia dapat menggapai wawasan kerangka Ekonomi Madani, yakni melonjakkan pertumbuhan negara dan sekaligus menjunjung prinsip manusiawi untuk mengangkat darjat rakyat terbanyak.

“Alhamdulillah, hari ini saya telah menandatangani dokumen rasmi Belanjawan 2025 di Kementerian Kewangan”.

“Saya mengucapkan penghargaan kepada semua tenaga kerja yang telah bertungkus-lumus untuk merangka Belanjawan 2025,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Perdana Menteri dijadual membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen pada 18 Oktober ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya