Belanjawan 2025: Usaha kerajaan penuhi keperluan rakyat

Belanjawan 2025: Usaha kerajaan penuhi keperluan rakyat

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Belanjawan 2025 yang dibentangkan semalam secara keseluruhannya merangkumkan usaha kerajaan untuk memenuhi keperluan rakyat menjelang tahun hadapan. 

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga memberi tumpuan kepada isu kos sara hidup yang mana kerajaan bersetuju untuk meningkatkan peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun ini.

“Dasar gaji minimum dan gaji progresif akan memastikan peningkatan gaji pekerja seiring dengan produktiviti negara. 

“Peluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) serta pengenalan cukai ke atas dividen dijangka dapat membantu mengurangkan defisit fiskal pada tahun 2025,” katanya dalam satu kenyataan semalam

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, Kerajaan Madani terus mengambil langkah untuk mengurangkan defisit fiskal negara secara beransur-ansur sekali gus  menunjukkan komitmen mereka terhadap disiplin kewangan demi kesejahteraan rakyat.

“Pada masa sama, kerajaan sentiasa berusaha untuk menjaga kebajikan rakyat secara saksama dan inklusif dengan dasar ekonomi yang meningkatkan kuasa beli, termasuk STR, SARA dan bantuan awal persekolahan,” katanya.

Terdahulu, Belanjawan 2025 melakar sejarah baharu apabila menyediakan peruntukan tertinggi iaitu RM421 bilion menerusi belanjawan ketiga Kerajaan Madani meliputi RM335 bilion belanja mengurus, RM86 bilion untuk pembangunan serta tidak termasuk RM2 billion simpanan luar jangka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN