Belanjawan 2025: Tumpuan pertumbuhan ekonomi Malaysia

Belanjawan 2025: Tumpuan pertumbuhan ekonomi Malaysia

JOHAN Mahmood Merican (tengah) ketika menyertai Larian Kewangan 2024 di Dataran Wawasan, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat ini Oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal melibatkan pandangan pelbagai lapisan rakyat.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata, RUU Perbekalan itu dengan tema ‘Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’ akan memberikan fokus jelas pertumbuhan Malaysia.

Katanya, ini turut mengambil kira banyak cabaran semasa yang sentiasa berubah pantas selain 2025 juga merupakan tahun terakhir Rancangan Malaysia Ke-12 setelah bermula pada 2021.

“RUU Perbekalan kali ini merangkumi semua sesi libat urus di seluruh negara bermula 9 Julai lepas dengan terakhir pada minggu lalu di Perak melibatkan pemain industri minyak sawit selain sektor elektronik di Kulim, Kedah sebelumnya,” katanya kepada pemberita selepas Larian Kewangan 2024 di Dataran Wawasan, di sini hari ini.

Perdana Menteri difahamkan sudah meneliti draf inti pati Belanjawan 2025 sebelum beliau berlepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Vientiane, Laos minggu lalu.

Anwar sebelum ini ada membayangkan bahawa Belanjawan 2025 akan terus menumpukan kepada agenda teras kerangka Ekonomi Madani yang diluncurkannya pada Julai tahun lalu dan sejajar pelaksanaan reformasi percukaian lebih komprehensif sebagai asas kepada sumber hasil negara yang kukuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN