Belanjawan 2025: Pastikan dana setiap projek diguna secara optimum

Belanjawan 2025: Pastikan dana setiap projek diguna secara optimum

SHAHELMEY Yahya semasa sidang akhbar selepas lawatan ke Kampung Sembulan Tengah di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan perlu menambah baik dan melihat pendekatan yang boleh diambil bagi memastikan peruntukan yang disalurkan menerusi Belanjawan 2025 digunakan secara optimum.

Timbalan Ketua Menteri, yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya berkata, langkah sebegitu perlu kerana setiap tahun peruntukan ada yang tidak dibelanjakan susulan pelaksanaan sesuatu projek yang lewat.

“Saya menyokong pengumuman belanjawan namun, dalam masa sama apa yang kita ingin tekankan adalah dari sudut pelaksanaan.

“Setiap tahun kita dengar pengumuman belanjawan namun, pada penghujung tahun selalunya jumlah peruntukan yang diberikan tidak dibelanjakan sepenuhnya,” katanya semasa lawatan ke Kampung Sembulan Tengah, di sini hari ini.

Belanjawan 2025 yang dibentangkan Jumaat lalu menyaksikan Sabah menerima peruntukan RM6.7 bilion.

Menurut beliau, antara contoh pelaksanaan projek di bawah RM50 juta, masih ada yang tidak dilaksanakan pada tahun ini dan projek itu perlu dibawa ke tahun depan.

Katanya, antara punca-punca kelewatan adalah proses penyediaan atau perolehan tanah, kerja-kerja reka bentuk dan hal-hal pengurusan.

“Isu sebegini perlu diambil tindakan yang serius dan serta-merta supaya tidak melewatkan jadual pelaksanaan projek-projek yang terlibat. Ini antara penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan secara efisien,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya