Belanjawan 2025: MyBHA  harap  industri hotel diberi tumpuan

Belanjawan 2025: MyBHA  harap  industri hotel diberi tumpuan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA) berharap pembentangan Belanjawan 2025  minggu depan akan mempunyai impak positif untuk terus memajukan industri hotel dan pelbagai produk pelancongan.

Presiden MyBHA, Dr Sri Ganesh Michiel berkata, Belanjawan 2025 ini sangat penting mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi menambah baik  hospitaliti sektor pelancongan lebih-lebih lagi menjelang  Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY 2026). 

“Bajet yang dirancang dengan baik bukan sahaja akan meningkatkan pertumbuhan industri tetapi juga mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai destinasi pelancongan global terkemuka,” katanya ketika dihubungi. 

Menurut beliau,  kerajaan juga perlu memastikan pegawai yang berpengalaman dan berkelayakan mengetuai semua inisiatif di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi memastikan VMY 2026 memberi pulangan kepada negara.

“Pegawai-pegawai ini bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan luas mengenai industri hospitaliti tetapi juga mengekalkan hubungan kukuh dengan semua pihak berkepentingan industri dalam dan luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini

Sementara itu, MyBHA turut  mencadangkan kerajaan supaya meminda nilai ambang Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tahunan membabitkan sektor itu kepada RM1.5 juta atau jumlah yang bersesuaian melalui Belanjawan 2025.

Ganesh berkata,  sehingga kini nilai ambang SST ditetapkan adalah RM500,000 yang mana ia membebankan pengusaha hotel kecil dan sederhana.

“Penyesuaian ini akan mengurangkan tekanan kewangan ke atas pengusaha kecil dan sederhana serta membolehkan mereka melabur semula dalam perniagaan mereka.

“Ia penting dalam usaha meningkatkan pengalaman pelancong, dan menyumbang dengan lebih efektif kepada industri pelancongan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya