Belanjawan 2025: Mudahkan rujukan pesakit KKM ke hospital swasta

Belanjawan 2025: Mudahkan rujukan pesakit KKM ke hospital swasta – APHM

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rujukan pesakit hospital kerajaan ke hospital swasta perlu dipermudahkan selepas kerajaan  menambah bilangan sebanyak 91 hospital swasta bagi menyumber luar pesakit di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh berkata, jumlah hospital swasta itu untuk membantu KKM adalah sesuai dan mencukupi bagi membolehkan hospital swasta ini merawat pesakit-pesakit terlibat walaupun dalam keadaan mencabar.

Beliau berkata, penggunaan teknologi dan digital perlu filaksanakan bagi memudahkan rujukan pesakit antara institusi awam dan swasta supaya pesakit tidak perlu menunggu lebih lama sekali gus mampu menyelamatkan nyawa mereka.

“Di hospital awam, saranan supaya pesakit yang mampu membayar lebih adalah pendekatan yang positif.

“Kami berbesar hati untuk membantu dengan penstrukturan konsep swasta di hospital awam dengan memulakan usahasama untuk pesakit yang mempunyai sumber kewangan mencukupi boleh dipertimbangkan untuk rawatan bersama hospital swasta berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kuljit berkata, langkah ini membolehkan golongan B40 dan M40 dapat menerima pembiayaan penjagaan kesihatan awam pada kadar lebih cepat.

Katanya, mereka yang mampu menerima rawatan pula mendapatkan perkhidmatan di hospital swasta terdekat dengan konsep usaha sama dengan hospital swasta.

Jelasnya, ini akan mengurangkan penggunaan infrastruktur awam dan modal insan.

Terdahulu, dalam pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, kerajaan meningkatkan jalinan kerjasama dengan 91 hospital swasta bagi menyumber luar pesakit KKM membabitkan perkhidmatan seperti kardiologi, radiologi dan nefrologi.

Pendekatan ini secara tidak langsung mewujudkan elemen persaingan mendapatkan harga terbaik buat kerajaan.

Penyumberluaran ini turut diteruskan dengan Institut Jantung Negara (IJN) membabitkan pesakit jantung dalam kalangan pesara kerajaan berusia 65 tahun ke atas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN