Belanjawan 2025: Kerajaan nekad selesaikan isu industri sawit

Belanjawan 2025: Kerajaan nekad selesaikan isu industri sawit

ANWAR Ibrahim (tengah) mempengerusikan Sesi Libat Urus Belanjawan 2025 Bersama Pemain Industri Sawit di Ipoh, hari ini. - PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan menyatakan tekadnya untuk menyelesaikan masalah berkaitan industri sawit di dalam negara ini menjelang pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan meneruskan siri libat urus bagi mendengar pandangan setiap segmen masyarakat termasuk pemain industri di negara ini menjelang Belanjawan 2025, Jumaat ini.

Kata beliau, kerajaan akan memastikan industri sawit di Malaysia akan terus diperkasa dengan masalah-masalah dihadapi pemain industri diselesaikan dengan segera.

“Dalam sesi libat urus, beberapa perkara disentuh dan diberi perhatian antaranya melibatkan isu berkaitan tenaga kerja asing, kadar pengeluaran sawit yang rendah dan usaha meningkatkan aktiviti hiliran berkaitan sawit dalam usaha memastikan kelangsungan industri sawit negara,” katanya melalui satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan perbincangan bersama pemain industri sawit yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta pegawai kanan kerajaan.

Sementara itu, Anwar ketika merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Heawood di Sungai Siput, Perak memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memperbanyakkan ruang tambahan bagi latihan Bahasa Cina dan Tamil di institusi perguruan, selain daripada Bahasa Kebangsaan.

Jelasnya, keputusan terebut dicapai bagi memastikan lebih banyak guru dalam mata pelajaran berkenaan dapat dilatih Kementerian Pendidikan (KPM) untuk dihantar ke sekolah jenis Tamil dan Cina.

“Sepertimana juga yang kita putuskan di beberapa sekolah kebangsaan iaitu anak-anak India yang memilih untuk menguasai atau mempelajari bahasa Tamil atau anak-anak Cina di sekolah menengah kebangsaan, itu harus kita pastikan ia (penguasaan bahasa ibunda) dapat ditingkatkan.

“Ini dasar yang tak bercanggah dengan dasar negara kita. Sebab itu saya katakan biar ada komitmen jelas dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India dan Sabah dan Sarawak, tentang Bahasa Kebangsaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya