Penyasaran subsidi RON95 dijangka pertengahan 2025

Penyasaran subsidi RON95 dijangka pertengahan 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, warga asing dan 15 peratus teratas pengguna maha kaya menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai RM8 bilion.

Katanya, dana RM8 bilion itu lebih baik dimanfaatkan bagi peningkatan kemudahan pendidikan, kesihatan dan pengangkutan awam termasuk Orang Asli.

“Namun, kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, seperti yang dilaksanakan dalam penyasaran subsidi elektrik, apabila 85 peratus rakyat tidak terkesan. 

“Bagi mengelakkan kekeliruan, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tanggungan subsidi masih diteruskan untuk 85 peratus rakyat. 

“Maknanya, kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggarkan berjumlah RM12 bilion untuk keperluan 85 peratus rakyat,” katanya.

Sehingga kini, harga RON95 Malaysia ialah RM2.05 berbanding negara tetangga seperti Thailand (RM5.85), Indonesia (RM3.38), Singapura (RM9.02) dan Arab Saudi (RM2.66).

Harga RON95 yang rendah menyebabkan kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 tahun 2023 mencecah RM20 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN