Belanjawan 2025: KBS mohon tambah peruntukan naik taraf fasiliti

Belanjawan 2025: KBS mohon tambah peruntukan naik taraf fasiliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap terdapat penambahan peruntukan bagi menaik taraf fasiliti sukan sedia ada terutama di peringkat komuniti.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pihaknya mahu kerajaan mempertimbangkan perkara itu bagi pembentangan Belanjawan 2025 nanti.

Beliau berkata, tumpuan kementerian adalah meningkatkan kebolehcapaian kemudahan sukan bagi memudahkan masyarakat bersukan demi kesihatan sekali gus meningkatkan produktiviti mereka.

“Apa yang kami mahu adalah rakyat Malaysia ada kesedaran bahawa sukan ini penting. Kalau semua rakyat mempunyai tabiat bersukan, maka kita mampu kurangkan kos rawatan di Malaysia.

“Kita (akan) ada peruntukan lebih untuk pembangunan sukan yang lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan 2024, di Dataran Putrajaya, di sini hari ini.

Katanya, pada tahun ini, KBS mewujudkan Program Senamrobik Komuniti di 43 Projek Perumahan Awam (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di Kuala Lumpur secara percuma.

Hannah berkata, pihaknya juga menganjurkan kelas renang percuma untuk kanak-kanak di kawasan hotspot kes lemas.

Hannah berharap inisiatif yang diumumkan dalam belanjawan lalu bukan saja untuk sukan elit tetapi merangkumi program akar umbi, akan diteruskan pada tahun depan dengan peruntukan yang mencukupi.

Dalam Belanjawan 2024, kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi menyelenggara dan menaik taraf kemudahan belia dan sukan di seluruh negara khususnya bagi prasarana yang daif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya