BELANJAWAN 2025: Jurang kemiskinan di Sabah diberi keutamaan

BELANJAWAN 2025: Jurang kemiskinan di Sabah diberi keutamaan

RAFIZI Ramli ketika ditemui pada Konvensyen Kemas16 dan POP25 di Putatan, Sabah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTATAN: Keutamaan melaksanakan program membasmi kemiskinan sudah pasti memberi tumpuan kepada Sabah yang mempunyai lapan daripada 10 daerah termiskin di negara ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yakin keutamaan Kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2025 adalah bagi menggerakkan program untuk memastikan jurang kemiskinan yang besar dapat dikurangkan.

Beliau berkata, dasar Kerajaan Perpaduan adalah untuk memastikan pembangunan yang seimbang di semua wilayah.

“Jurang kemiskinan yang besar itu kebanyakannya di Sabah, saya ingat lebih enam daripada 10 daerah termiskin di Malaysia adalah di Sabah, saya tak ingat jumlah sebenar tapi antaranya di Tongod, Pitas dan Kota Marudu.

“Jadi, usaha dan keutamaan-keutamaan Kerajaan Persekutuan sudah tentu program dan sumber untuk mengerakkan program (membasmi kemiskinan) itu disalurkan ke tempat-tempat ini.

“Walau macam mana pun keadaannya, Sabah sudah tentu terus mendapat tempat yang paling utama dari segi perbelanjaan Persekutuan,” katanya selepas Konvensyen Keadilan Menang Siri Pilihan Raya Umum ke-16 (KEMAS16) dan Pemerkasaan Organisasi Parti 25 Tahun (POP25), di sini semalam.

Katanya, peruntukan dan pelaksanaan perlu diselaraskan agar dapat diuruskan dengan cepat dan baik supaya hasilnya dapat memberi manfaat kepada rakyat.

Mengenai keperluan mewujudkan Tabung Amanah bagi peruntukan Persekutuan yang tidak habis digunakan, Rafizi berkata, tanpa ada Tabung Amanah pun, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju agar semua projek di bawah RM50 juta dilaksanakan oleh kerajaan negeri Sabah.

“Sebelum ini yang menjadi polemiknya adalah walaupun peruntukan telah diluluskan tetapi agensi Persekutuan lambat melaksanakannya jadi, peruntukan tidak sampai kepada Sabah. Dengan keputusan menyerahkan projek di bawah RM50 juta untuk dilaksanakan oleh Sabah maka, sebahagian isu peruntukan telah diselesaikan,” katanya.

Rafizi berkata, soal peruntukan dan sebagainya telah dibincangkan dalam kerangka antara kerajaan Persekutuan dan negeri kerana ia memang perkara khusus dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya