Belanjawan 2025: Fokus inflasi, kenaikan gaji - Anwar

Belanjawan 2025: Fokus inflasi, kenaikan gaji – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025 yang bakal dibentang pada 18 Oktober ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun harga barangan seperti minyak masak, petrol dan tepung lebih murah di Malaysia berbanding negara serantau, wujud keperluan untuk memberi tumpuan dalam menaikkan tahap pendapatan rakyat.

Tahap pendapatan tidak naik (walaupun) produktiviti atau pelaburan meningkat. Kami perlu memberi tumpuan kepada isu ini. Inilah yang saya laksanakan dalam perkhidmatan awam. Kami menaikkan gaji penjawat awam, yang tidak diberi perhatian sejak 12 tahun lalu.

“Kita perlu menjaga pekerja kita. Kemudian, kita boleh menggunakan dorongan moral terhadap konglomerat sektor swasta. (Sebagai contoh), jika anda mencatatkan keuntungan antara RM1 bilion dan RM4 bilion, anda tidak boleh (mewajarkan) membayar pekerja anda dengan cara sedemikian.

“Oleh itu, saya rasa perlu ada tekanan untuk menaikkan tahap pendapatan kerana walaupun terdapat kebimbangan mengenai harga, ia adalah kerana gaji yang rendah,” kata beliau semasa dalam satu temu bual bersama CNBC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya