Belanjawan 2025: Cukai pendapatan, perniagaan dijangka kekal

Belanjawan 2025: Cukai pendapatan, perniagaan dijangka kekal

KUTIPAN cukai yang efisien dan telus mampu membantu meningkatkan pendapatan negara dan pertumbuhan ekonomi. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Belanjawan 2025 dijangka tidak menyaksikan perubahan besar dalam kadar cukai pendapatan dan perniagaan namun kerajaan berkemungkinan menambah baik pelepasan cukai bagi individu dan sektor-sektor tertentu.

Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad berkata, kadar cukai pendapatan mungkin dikekalkan setelah penurunan sebanyak dua hingga tujuh peratus pada tahun lalu.

Namun, pelepasan cukai untuk tanggungan individu yang kekal pada RM9,000 dan bayaran alimoni kepada bekas isteri yang berada pada RM4,000 berpotensi ditingkatkan bagi meringankan beban rakyat.

Kata beliau, bagi cukai perniagaan pula, kadar dijangka kekal seperti tahun lalu, namun pelepasan cukai untuk sektor-sektor yang berkembang pesat seperti hub halal, nadir bumi (REE) dan Kecerdasan Buatan (AI) mungkin akan diperluas untuk merangsang pertumbuhan industri.

“Meskipun kadar cukai mungkin tidak berubah secara besar-besaran, terdapat kemungkinan kecil untuk penurunan kadar cukai sedikit dalam belanjawan kali ini.

“Ini disebabkan keadaan ekonomi global yang dijangka mencabar khususnya melibatkan ketidakstabilan konflik di Timur Tengah.

“Ketidakstabilan ini berpotensi mendorong kenaikan harga minyak mentah akibat gangguan bekalan minyak dunia, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap ekonomi global,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN