Bekas pengajar madrasah didakwa laku amang seksual

Bekas pengajar madrasah didakwa laku amang seksual

SEREMBAN, 11 OKTOBER 2024 - MUHAMMAD ILYAAS (kanan sekali, berkain pelekat,baju kelabu) dan Muhammad Khalid (kiri, baju hitam) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual dan menganiaya kanak-kanak di sebuah madrasah di Lenggeng,Nilai di sini. FOTO: NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang bekas pengajar sebuah madrasah tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun pada 2023.

Tertuduh, Muhammad Ilyaas Jamaludin, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa  melakukan amang seksual kepada kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dalam kejadian di sebuah madrasah di Lenggeng, Nilai pada awal hingga akhir tahun 2023.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak mengganggu saksi, melapor diri di balai polis sekali sebulan dan memberi kerjasama kepada pihak polis setiap kali dipanggil.

Sementara itu di kamar Mahkamah Sesyen berasingan, seorang pembantu pengajar di madrasah sama didakwa atas pertuduhan degan sengaja menganiaya sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun.

Muhammad Khalid Ahmar Zainal Abidin, 18, warga Indonesia bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki  berusia sembilan tahun dengan sijil lahir Indonesia telah dengan sengaja menganiaya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu dilakukan pada masa dan lokasi yang sama.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 da boleh dihukum di bawah Sesyen 31(1) akta yang sama, jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan pada Ahad pertama setiap bulan sehingga kes selesai.

Kedua-dua kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 29 November depan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya