Bekas Pelatih GiatMara dapat gaji RM10,000 sebulan

Bekas Pelatih GiatMara dapat gaji RM10,000 sebulan

CHE Rahim Daud (kanan) menyampaikan Sijil Eksekutif kepada Muhammad Danial Haikal Mohd. Kamal di Dewan Tengku Canselor UMK Bachok, Kelantan, hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK:  Kira-kira 410,569 bekas pelajar lepasan pusat GiatMara berjaya memenuhi pasaran pekerjaan dalam pelbagai sektor kemahiran sejak pusat pengajian itu ditubuhkan 41 tahun lalu.

Ahli Lembaga Pengarahnya, Che Rahim Daud berkata, ia sekali gus membuktikan silibus kemahiran yang ditawarkan oleh GiatMara menepati kehendak pasaran kerja sejak dahulu lagi.

Menurutnya, tahun lalu  kebolehan pasaran kerja berada pada tahap 98.9 peratus.

“Sebanyak 12 kluster latihan yang kita tawarkan setakat ini merangkumi bidang pengangkutan, seni bina, elektronik, mekanikal, fabrik, media kreatif, sistem rangkaian dan komputer, pembuatan, kulinari, hospitaliti, elektrikal, dandanan rambut dan kosmetologi.

“Lebih menarik, ada dalam kalangan bekas pelatih GiatMara memperoleh gaji bulanan lebih RM10,000 sebulan sebagai jurukimpal di pelantar minyak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi Giatmara Malaysia ke-37/Sidang 7 2023 di Dewan Tengku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok, di sini hari ini.

Che Rahim memberitahu, GiatMata yang merupakan pusat pembelajaran di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyediakan 700 jenis kursus latihan secara percuma.

Katanya, pada masa sama pelatih turut diberi elaun bulanan dan syarat kemasukan berusia 15 tahun, sihat tubuh badan dan minat dunia kemahiran.

“Usaha ini membantu dan membela nasib pelajar lemah pembelajaran. Pada masa sama, GiatMara turut berbangga dengan pencapaian pelatih dalam slot Permata Anak Pantai Timur yang turut mengharumkan nama negara semasa pertandingan kemahiran peringkat antarabangsa.

“Muhammad Hakimi Abu Bakar, 23, berada dalam ranking cemerlang daripada 31 peserta  ‘Worldskills Lyon 2024 di Perancis baru-baru ini. Manakala Muhammad Nasrullah Mat Suki, 23, dari pusat Giatmara Jeli mendapat pingat perak dalam ‘Worldskills ASEAN Singapore’ tahun lalu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya