Bekas ejen sewa rumah didakwa pecah amanah duit RM2,117

Bekas ejen sewa rumah didakwa pecah amanah duit RM2,117

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang bekas ejen perumahan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang sewa rumah pelanggan  bagi kegunaan sendiri, dua bulan lalu.

Mengikut pertuduhan, bekas ejen itu, U. Kayathri, 44, didakwa melakukan pecah amanah dengan mengarahkan penyewa membayar sewa rumah berjumlah RM2,117 ke dalam akaun Touch ‘n Go eWallet milik  tertuduh.

Wanita itu dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Brickfields di sini antara 26 Ogos dan 6 September lalu dan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimun 20 tahun dengan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, R. Harvind mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Kayathri yang tidak diwakili peguam memohon ikat jamin itu dikurangkan atas alasan dia mempunyai tanggungan keluarga dan mengalami masalah kesihatan.

“Saya mohon jumlah jaminan dikurangkan kerana mengalami masalah penglihatan, hipertensi dan sedang menjalani rawatan dialisis,” katanya. 

Hakim Azrul Darus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 November ini bagi sebutan semula kes.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya