Beberapa laluan LRT Kelana Jaya tergendala

Beberapa laluan LRT Kelana Jaya tergendala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya mengalami gangguan akibat hujan lebat pagi ini.

Rapid KL menerusi hantarannya di Facebook berkata, perkhidmatan tren alternatif diaktifkan berikutan air bertakung di landasan Sri Rampai hingga Wangsa Maju.

“Tren dari Putra Height akan berpatah balik di Sri Rampai dan tren perantara disediakan antara Taman Melati ke Gombak.

“Tiada perkhidmatan tren antara Sri Rampai ke Taman Melati. Bas perantara akan disediakan tetapi dijangkakan kelewatan ekoran banjir kilat,” katanya.

Menurutnya, penumpang dari Sri Rampai ke Taman Melati disarankan untuk menggunakan mod pengangkutan alternatif lain serta dapatkan bantuan Pegawai Stesen dan polis bantuan jika perlu.

“Kekerapan bas perantara adalah setiap 30 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa,” katanya menerusi hantaran terbaharu mereka.

Dalam perkembangan lain, bas Rapid KL tidak akan melalui Jalan Persiaran Meranti disebabkan pokok tumbang dan akan dilencongkan ke Jalan Persiaran Perdana dan kembali semula ke laluan asal.

Antara hentian bas yang tak dapat dilalui ialah Apartmen Paradisa Tropika, Meranti 13 Residence, SD Apartmen 2 dan Pangsapuri Sri Meranti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya