Beberapa kejadian pokok tumbang di Lembah Klang

Beberapa kejadian pokok tumbang di Lembah Klang

BEBERAPA kejadian pokok tumbang di Lembah Klang susulan hujan lebat sejak petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hujan lebat sejak petang tadi mengakibatkan pokok tumbang di tiga lokasi di Lembah Klang.

Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dalam kesemua kejadian terbabit.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, di Selangor, kejadian melibatkan di jalan menghala Sungai Pusu, Selayang serta berhampiran LRT Taman Megah, Petaling Jaya.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan pada 6.10 petang dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian dan didapati sebatang pokok telah tumbang dan menghalang jalan.

“Di kejadian di Petaling Jaya, BBP Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian pada 7.40 malam apabila sebatang pokok tumbang telah menghempap sebuah Perodua Axia dan terdapat seorang wanita berusia 33 tahun dalam kenderaan terbabit.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, sebatang pokok telah tumbang di Desa View Apartment dekat sini dan menghempap tiga buah kenderaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, anggota menggunakan gergaji berantai untuk memotong pokok yang menghempap kenderaan dan menghalang lalu lintas di lokasi kejadian.

“Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga turut membantu semasa menangani insiden ini.

“Tiada mangsa yang terlibat di lokasi kejadian,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya