‘Bayar RM100,000 jika mahu bebas’

‘Bayar RM100,000 jika mahu bebas’

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim ketika bergambar bersama mangsa-mangsa sindiket pemerdagangan manusia pada sidang media yang diadakan di Megan Avenue, Jalan Tun Razak di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli keluarga kepada empat mangsa pemerdagangan manusia di Myanmar mendakwa, sindiket penipuan meminta bayaran tebusan mencecah RM100,000 jika mahu kembali ke Malaysia.

Seorang guru tuisyen, Sofea (bukan nama sebenar), 31, berkata, suaminya  iaitu mangsa pemerdagangan tersebut mendapat tawaran pekerjaan daripada Facebook dengan tawaran gaji tinggi yang mana dia memperoleh RM5,000 dalam sehari bekerja.

Katanya, suaminya mengambil keputusan menerima tawaran tersebut bagi tempoh empat hari sebelum menyedari ditipu majikan.

“Saya telah dihubungi suami dan menyatakan dia sudah ditangkap oleh kumpulan penipuan itu. Dia meminta bayaran RM100,000 bagi memudahkan kumpulan tersebut mengembalikannya ke Malaysia,” katanya pada sidang media Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) hari ini.

Sofea berkata, dia  tidak mampu menyediakan jumlah wang tersebut dalam satu hari seperti yang diminta.

Justeru, dakwanya, suaminya mengambil keputusan menuruti sindiket tersebut bekerja dalam tempoh setahun.

Tambahnya, pada kali terakhir menghubungi suaminya, didapati  dia mengalami kecederaan parah  dibahagian mata akibat dipukul oleh kumpulan berkenaan.

Dalam pada itu, keluarga mangsa kedua, yang ingin dikenali sebagai Wong, 38, berkata, adiknya mengalami kecederaan teruk pada kaki, setelah gagal melarikan diri daripada sindiket yang berlainan, akibat terjun dari bangunan.

Sehubungan itu, katanya, tindakan adiknya itu membuat mangsa diugut untuk membayar RM100,000 yang merangkumi bayaran wang tebusan, rawatan terhadap kecederaan kakinya, dan tambang balik ke Malaysia.

Wong berkata, mereka telah menunaikan tuntutan daripada sindiket penipuan tersebut dengan membuat transaksi wang kepada tiga akaun bank peribadi yang berlainan.

Beliau berkata, ahli sindiket tersebut tidak menunaikan janji yang mana sebagai ahli keluarga mangsa mereka telah terpedaya dengan taktik kumpulan penipuan tersebut.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim meminta mana-mana ahli keluarga atau kenalan mangsa pemerdagangan manusia untuk tidak menurut kehendak kumpulan sindiket  membayar wang tebusan.

Kata beliau, pihaknya  termasuk menerusi pertolongan pihak berkuasa akan  berusaha mengatur strategi  untuk membebaskan semula mangsa supaya dapat  kembali ke negara ini, tanpa melibatkan bayaran wang tebusan.

“Permintaan terhadap wang tebusan daripada sindiket bagi kes-kes yang serupa sebelum ini, hanya untuk mengaut keuntungan mereka serta menggugut keluarga mangsa,” katanya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya